PROMOSI MENARIK PENJUALAN BUKU BERTAJUK BEAUTIFUL TIARA OLEH PENULIS HILMA ALIFAH KELUARAN PTS (PENULIS TUNAS SUPER)



Misi Mencari Tiara yang Dicuri: Beautiful Tiara
oleh Nurul Aqilah Hairulsam pada 22 Apr 2015
Apakah perasaan pertama yang akan dialami oleh adik-adik di luar sana tatkala barang kesayangan dicuri dalam sekelip mata? Geram? Marah? Pasti adik-adik akan berasa tidak senang duduk bukan?
Benar, begitu juga perasaan yang Puteri Eryna sedang hadapi apabila tiara lambang kekuasaan negara Fantasia dan kesayangan beliau telah dicuri.
Bermula detik itu, penulis cilik ini, adik Hilmah berjaya menghidupkan elemen suspens di permulaan cerita yang pasti membuatkan pembaca tidak senang duduk apabila mengikuti perkembangan cerita pada bab yang pertama.
Lebih menarik lagi, kisah Beautiful Tiara ini juga mempunyai garapan dunia fantasi di mana Puteri Eryna telah memasuki alam dunia melalui cermin ajaib yang menjadi pintu dimensi di antara dua alam.
Tambahan pula, adik Hilmah juga sangat pandai dalam menyelitkan ‘mood’ lucu di mana Puteri Eryna bersama-sama naga peliharaan beliau, Sparkle terpaksa menjalani kehidupan biasa dan menyamar sebagai pelajar sekolah.
Setiap penceritaan di setiap bab juga tidak dapat dijangka kerana ada sahaja ragam lucu yang pasti dapat menangkap perhatian para pembaca untuk setia ke penghujung cerita.
Pasti adik-adik sudah tidak sabar lagi untuk membaca dengan lebih lanjut tentang perjalanan Puteri Eryna di alam dunia bukan?
Tunggu apa lagi? Adik-adik pasti tidak akan hampa apabila membaca kisah pengembaraan Puteri Eryna bersama naga comel dan rakan-rakan untuk mendapatkan semula tiara kesayangannya!
  
Boleh beli buku Beautiful Tiara di website PTS

*Sebarang perubahan adalah tertakluk kepada pihak PTS

http://pts.com.my/berita/misi-mencari-tiara-yang-dicuri-beautiful-tiara/#
Berminat untuk mendapatkan buku cerita menarik bertajuk Beautiful Tiara dan mendapatkan tandangan penulis Hilmah Alifah sila whatsapp atau Wechatt atau SMS kat En Am ditalian 0176842836  atau emailkan kepada ammarmaju@yahoo.com atau boleh beli di Kedai-kedai buku yang berhampiran yang jual buku Beautiful Tiara Keluar PTS.
 http://pts.com.my/buku/tunas-super-beautiful-tiara/
Berminat untuk mendapatkan buku cerita menarik bertajuk Beautiful Tiara dan mendapatkan tandangan penulis iaitu Hilmah Alifah sila whatsapp atau Wechatt atau SMS kat En Am ditalian 0176842836 atau emailkan kepada ammarmaju@yahoo.com atau boleh beli di Kedai-kedai buku yang berhampiran yang jual buku Beautiful Tiara Keluar PTS.

Berminat untuk mendapatkan buku cerita menarik bertajuk 
Beautiful Tiara dan mendapatkan tandangan penulis Hilmah 
Alifah sila whatsapp atau Wechatt atau SMS kat En Am 
ditalian 0176842836 atau emailkan kepada 
ammarmaju@yahoo.com atau boleh beli di Kedai-kedai buku 
yang berhampiran yang jual buku Beautiful Tiara Keluar PTS.
Hilmah@Alifah binti Khairul Anuar dilahirkan pada 24 Oktober 2003 di Hospital Besar Kuala Lumpur. Penulis cilik ini menerima pendidikan awak di Sekolah Rendah Islam ABBIM Sungai Petani, Kedah. Beliau merupakan anak bongsu daripada tiga adik-beradik. Beliau adalah seorang yang menyayangi haiwan dan bercita-cita untuk menyediakan tempat perlindungan haiwan terbiar suatu hari nanti. Penulis cilik ini menjadikan Rasulullah s.a.w. dan juga ibu bapa beliau sebagai idola. Hilmah bercita-cita mahu menjadi seorang pensyarah apabila dewasa
Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال