PROMOSI KEMASUKAN PELAJAR KE INSTITUT INTEGRASI UTAMA AVICENNA DIBUKA SEKARANG


INSTITUT INTEGRASI UTAMA AVICENNA

Sesiapa yang Berminat untuk mendapat surat tawaran 

Belajar dalam peringkat SIJIL DAN DIPLOMA OPTOCIANRI di INSTITUT INTEGRASI UTAMA AVICENNA
diminta untuk mesej SMS <AVICENNA, NAMA PENUH, DAN ALAMAT EMAIL SERTA NAMA KURSUS> yang hendak diambil kepada EN AMRAN TEL : 012-379 1871 atau 017-6842 836.                                                      

Anda juga boleh menghubungEN AMRAN, TEL : 012-379 1871 atau 017-6842 836

Sebarang pertanyaan mengenai kemasukan ke INSTITUT INTEGRASI UTAMA AVICENNA 
bolehlah menghubungi EN AMRAN, 012-379 1871 atau  017-6842 836 atau email ke universityintake@counsellor.com untuk perbincangan selanjutnya.

SELAMAT DATANG KE GERBANG ILMU INSTITUT INTEGRASI UTAMA 

AVICENNA


PROGRAM OPTICIANRI
1) Sijil Teknologi Optik
2) Diploma Opticianri


PENGAMBILAN DIBUKA SEKARANG

DAFTAR SEGERA!!!


Program Juruoptik Terulung di Malaysia

by Institut Avicenna (IIUA) (Notes) on Friday, February 15, 2013 at 12:16am
Untuk julung kalinya di Malaysia, Institut Integrasi Utama Avicenna (IIUA) menyediakan program opticianri di peringkat sijil dan diploma. Program opticianri ini telah mendapat akreditasi awalan MQA serta kelulusan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan kini dibuka pendaftarannya bermula September 2011.

Objektif program ini adalah untuk melahirkan juruoptik bertauliah (diploma) yang boleh melakukan pemeriksaan asas refraksi bagi membetulkan ralat refraktif mata. Mempunyai kepakaran dari pemeriksaan mata dan preskripsi cermin mata, juruoptik dijangka mempunyai peluang pekerjaan yang cerah di pasaran Malaysia. Seorang juruoptik juga boleh berfungsi sebagai pembantu pada optometris dan oftalmologis.

Manakala juruteknologis optik (sijil) pula mempunyai kemahiran optikal dalam melakukan peracikan kanta oftalmik dan faham tentang pelbagai jenis kanta oftalmik dan mahir tentang rekabentuk bingkai.
Menurut Majlis Optik Malaysia, statistik terkini sehingga 15 Jun 2011 menunjukkan Malaysia hanya mempunyai jumlah bilangan 924 optometris dan 2855 juruoptik berdaftar. Manakala Majlis Optometri Sedunia pula telah menetapkan bahawa nisbah di antara penduduk dan pengamal penjagaan mata haruslah pada nisbah 1:10,000. Pada masa kini nisbah wajar masih belum kesampaian.

IIUA yang berlokasi di TTDI Jaya Shah Alam mengorak langkah dalam bidang opticianri sebagai salah satu program pertama yang dilahirkan dan terfokus untuk melakukan yang terbaik. Mempunyai barisan pensyarah berpengalaman luas mampu mengendalikan kuliah, makmal serta klinik. Bagi memantapkan pengajaran IIUA juga mempunyai barisan profesor jemputan dalam bidang Optometri bagi membantu pengajaran berkualiti di IIUA. Memiliki infrastruktur lengkap seperti kubikel klinik sebanyak 10 buah serta prasarana wajib seperti pusat sumber, bilik komputer, makmal-makmal serta bilik kuliah, IIUA bersedia untuk menampung bilangan seramai 100 pelajar bagi setiap kemasukan.

Kurikulum pengajian Diploma Opticianri IIUA yang di rangka bukan sahaja untuk meningkatkan ilmu pengetahuan pelajar dalam bidang opticianri, tetapi juga memberi penekanan kebolehan berfikir secara kritis, berintegriti dan berdedikasi untuk menyediakan graduan memasuki alam pekerjaan dan juga membimbing mereka menjadi usahawan muda.

Graduan Diploma Opticianri boleh berkhidmat sebagai juruoptik di praktis optik swasta, pembantu optometris di Klinik atau Hospital Mata, menjadi usahawan dalam perniagaan optik dan berfungsi sebagai perunding optik dalam industri. Di samping itu, pemegang Diploma Opticianri juga berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjanamuda Optometri di universiti tempatan dan luar negara.


Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال